Friday 3 February 2017

USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG


Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.


Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

SEBAB-SEBAB ADANYA GOTONG ROYONG.


Semangat gotong royong didorong oleh:


  1. Bahawa manusia tidak hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang lain  atau  lingkungan sosial
  2. Pada dasarnya manusia itu tergantung pada manusia lainnya
  3. Manusia perlu menjaga hubungan baik dengan sesamanya
  4. Manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain.

MANFAAT GOTONG ROYONG


Dengan bergotong royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan.  Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Indonesia, kita hidup bersama orang lain sebagai satu bangsa. Sebagai sesama, bangsa kita punya tujuan yang sama yaitu memajukan bangsa ini. Untuk meraih tujuan tersebut maka kita seyogianya selalu siap untuk bekerja sama dengan semangat gotong royong. Akan lebih banyak yang dapat kita raih bila kita lakukan gotong royong dengan orang lain.

KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG


Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif anatara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin sacara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

Bergotong-royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui bertapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh diperaktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal.


Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’ sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG


    Situasi seperti ini adalah amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.


     Para pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi pujian.

KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG


    Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalan lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan,longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesame individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong royong yang sebenarmya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.


   Bak kata pepatah melayu, ‘berat sama dipikul, ringan sam dijinjing’. Demikian juga tentang kerja gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggungbelanja perubat kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong royong, kesan gotong royong kepada masyarakat seluruhkan cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahuan pembangunan insan.

KESIMPULAN





Kesimpulannya, dalam konteks Malaysia, pendamaian adalah sinonim dengan perpaduan dan hubungan etnik yang baik. Jika kita menyokong pendamaian, maka kita haruslah meningkatkan hubungan etnik di negara ini. Program-program yang diperkenalkan untuk meningkatkan usaha-usaha menyatupadukan kaum haruslah disokong dan terus dijalankan misalnya aktiviti gotong-royong ini. Konsep hubungan sesama manusia, persaudaraan, dan kejiranan amat penting untuk difahami. Nilai- nilai murni seperti kasih sayang, belas kasihan, saling menghormati, bekerjasama dan bekerjasama dapat memupuk masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam aman damai.